- Kedudukan ialah tempat atau letaknya sesuatu objek atau tempat.
- Kedudukan terdiri daripada dua jenis, iaitu kedudukan mutlak dan kedudukan relatif.
- Kedudukan mutlak ditentukan dengan menggunakan koordinat, manakala kedudukan relatif ditentukan dengan menggunakan titik rujukan.
Koordinat
- Koordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan sesuatu tempat.
- Garisan menegak pada pelan atau peta dikenal sebagai lajur, manakala garis mendatar pula dikenal sebagai baris.
- Setiap lajur dinomborkan dari kiri ke kanan dan baris dinomborkan dari hadapan ke belakang.
- Lajur dinyatakan terlebih dahulu, diikuti dengan baris.
Contoh 1
Tempat duduk pelajar-pelajar Tingkatan Satu Ummu Aiman dalam kelas.
- Kedudukan Ani ialah di lajur ketiga dan baris pertama.
- Koordinat tempat duduk Ani ialah 0301.
- Kedudukan Chandran ialah di lajur kelima dan baris kedua.
- Koordinat tempat duduk Chandran ialah 0502.
- Koordinat tempat duduk pelajar-pelajar lain adalah seperti berikut.
Contoh 2
Berdasarkan Rajah di atas, kedudukan beberapa ciri terpilih adalah seperti yang berikut.
- Kedudukan sekolah ialah di lajur kelima dan baris kedua. Koordinat sekolah ialah 0502.
- Kedudukan tasik ialah di lajur ketujuh dan baris kelima. Koordinat tasik ialah 0705.
Kedudukan Relatif
- Kedudukan relatif ditentukan dengan merujuk kepada suatu titik rujukan.
Contoh 1
Tempat duduk pelajar-pelajar Tingkatan Satu Ummu Kalsum dalam kelas.
Berdasarkan Rajah di atas tempat duduk Anis dijadikan titik rujukan
Contohnya:
- Musa duduk di belakang Anis
- Aizat duduk di hadapan Anis
- Wani duduk di sebelah kiri Anis
- Choo duduk di sebelah kanan Anis
Contoh 2
Berdasarkan Rajah di atas kedudukan relatif digunakan juga untuk menentukan kedudukan ciri-ciri geografi atau sesuatu tempat yang lebih luas.
- Padang terletak di hadapan rumah Adi.
- Rumah Shanti terletak di belakang rumah Mail.
- Masjid terletak di sebelah kiri kedai.
- Sekolah terletak di sebelah kanan kedai.
- Rumah Rose terletak di sebelah kiri rumah Shanti.
No comments:
Post a Comment